Personal Class-Ms Word 1.0
3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini2 Februari 2019, PI Kota Pekan telah mengadakan kelas secara “personal” bersama salah seorang Imam Masjid di kawasan Kota Pekan . Beliau telah mengikuti Kelas ICT di PI Kota Pekan sejak 2018. Bagi sesi kali ini, staff PI Kota Pekan memberi tunjuk ajar untuk membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Sesi pengenalan secara teori dan praktikal dijalankan serentak bagi memudahkan peserta memahami apa yang dipelajari . Selepas sesi pembelajaran, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sendiri dan akan disemak semula oleh staff PI.
Dengan kelas yang diberikan, peserta sudah boleh menggunakan Microsoft Word dengan sendiri dan boleh melakukan kerja – kerja pentadbiran masjid yang memerlukan penggunaan komputer dengan sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: